Upah Haji atau Badal Haji
Ibadah Badal Haji adalah bermaksud upah haji yang dibenarkan oleh Islam bagi mereka yang telah uzur atau telah meninggal dunia.
Jika seseorang itu belum mengerjakan ibadat haji ketika hidup sedangkan ia mampu, maka wajib bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya.
Jika dia belum mengerjakan ibadat haji kerana tidak mampu, maka adalah sunat bagi warisnya mengerjakan badal haji untuknya dari harta pusakanya, atau dari harta si waris itu sendiri.
Kewajipan Melaksanakan Badal / Upah Haji bagi Si Mati
Pengalaman 8 Tahun
Harga di berikan adalah berpatutan dan tiada kos tersembunyi
Sijil Perlaksanaan
Hadiah Iringan dari Mekah
Kami merupakan Travel agensi berlesen (KPLKN 9835) dan mempunyai Lesen tambahan Pengendali Umrah dan Haji
Pihak kami boleh di hubungi bila-bila masa melalui saluran telefon ,whatsapp,email atau berjumpa di pejabat urusan
Dilaksanakan oleh pelaksana yang telah melakukan ibadah Haji untuk diri mereka dan di pantau rapi oleh pihak kami
Berlesen dan bertauliah
Kemudahan berurusan
Perlaksanaan terjamin
Pilihan pelanggan
Apakah Kelebihan Pakej Badal Haji Kendalian Wow Vacation?
Harga yang mampu
Pasukan kami telah menggalas menggalas amanah ratusan jemaah sejak bermula
Setiap urusan Badal Haji yang di sempurnakan akan menerima sijil perlaksanaan dari kami
Saguhati dan kenang-kenangan dari Tanah Suci Mekah akan di berikan kepada waris
Berpengalaman lebih 8 Tahun melaksanakan Amanah di Baitullah
Antara Pelaksana amanah Badal Haji bersama kami
Alamat Pejabat Kami
Soalan Lazim berkenaan Badal dan Upah haji
1) Dalil Al Quran dan Hadith untuk melaksanakan Badal Haji Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah Hutang Allah Dan Hutang Allah Lebih Berhak Untuk Dilunaskan. Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan An-Nasaie Sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1313-al-kafi-433-hukum-badal-haji “Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji bagi kedua ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia, maka Allah akan melepaskan dia dari neraka dan kedua ibu bapanya akan memperoleh pahala satu haji yang sempurna tanpa dikurangkan pahala dari keduanya sedikitpun”. (Riwayat Imam al-Baihaqi & Ibni ‘Asakir)
2) Badal atau Upah Haji untuk Siapa? Badal ini dikhususkan oleh individu yang tidak mampu untuk melakukan ibadah disebabkan oleh keuzuran dan kematian. Keuzuran tersebut mestilah keuzuran yang disifatkan sebagai tiada harapan untuk sembuh. Sebagai contoh, keuzuran disebabkan sakit tua.
3) Bolehkah Pelaksana Badal Haji membuat Haji untuk lebih dari seorang dalam satu musim Haji? Hanya satu upah badal haji sahaja yang boleh diterima oleh pelaksana badal haji bagi setiap musim / Pelaksana badal haji hanya boleh menerima satu upah badal sahaja untuk setiap musim haji.
4) Apakah Kriteria pelaksana Badal Haji mengikut syarak? Anak-anak, cucu-cucu ataupun mereka yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan boleh memberi bantuan kewangan dalam bentuk upah menunaikan badal haji. Anak-anak, cucu-cucu ataupun mereka yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan boleh menunaikan sendiri badal haji tersebut dengan syarat: Pernah menunaikan haji Ditunaikan oleh mereka yang boleh dipercayai mengikut hukum syarak Tidak ada halangan untuk melaksanakan ibadah haji.
5) Syarat Sah Badal Haji a-Mendapatkan keizinan daripada individu yang tidak mampu melaksanakan ibadah haji (jika masih hidup). b-Badal haji perlu dilakukan oleh penerima upah itu sendiri (akad Ijarah ‘Ainiyyah). Walau bagaimanapun, jika penerima upah tersebut mempunyai halangan untuk melaksanakan ibadah tersebut, maka dia boleh mewakilkan badal haji tersebut kepada individu lain dengan syarat: Mendapat keizinan pengupah; ATAU Pengupah melafazkan akad secara umum.
6) Adakah Waris si mati boleh melaksanakan Badal haji bagi pihak si Mati? Ya Boleh,Ia wajiblah dilakukan oleh mereka yang sudah melakukan ibadat haji untuk dirinya sendiri. Jika ia dilakukan oleh mereka yang belum melakukan ibadat haji, maka haji tersebut dianggap telah dilakukan bagi dirinya sendiri dan bukan bagi pihak mereka yang mewakilkan atau mengupahnya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas RA: Bermaksud: “Nabi Muhammad SAW telah mendengar seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku boleh menunaikan haji bagi Syubrumah? Rasulullah bertanya: Siapakah Syubrumah? Lelaki itu menjawab: Dia adalah saudaraku atau salah seorang dari kaum kerabatku. Rasulullah bertanya lagi: Adakah kamu telah menunaikan haji bagi dirimu? Lelaki itu menjawab: Belum. Rasulullah bersabda: Tunaikanlah haji bagi dirimu dahulu, kemudian barulah kamu menunaikan haji bagi Syubrumah. ”
7) Apakah syarat untuk melaksanakan Badal atau Upah Haji melalui wakil ? Mereka yang melaksanakan Badal Haji perlu mendapat keizinan daripada individu yang tidak mampu menunaikan ibadat haji (ma’dhub) tersebut jika dia masih hidup. Jika dia sudah meninggal dunia, mereka tidak memerlukan sebarang keizinan atau wasiat daripada si mati di dalam menunaikan Badal Haji tersebut. Berniat menunaikan haji bagi pihak mereka yang tidak mampu menunaikan ibadat haji tersebut atau si mati seperti: “Sahaja aku berniat menunaikan haji bagi pihak si fulan bin si fulan dan berihram dengannya kerana Allah SWT” Para ulamak bersepakat bahawa mereka yang melaksanakan Badal Haji perlu melaksanakannya dari miqat mereka yang tidak mampu menunaikan ibadat haji atau si mati tersebut. f) Seseorang pelaksana Badal Haji hanya boleh menerima satu upah pelaksanaan Badal Haji bagi setiap musim haji. g) Seseorang pelaksana Badal Haji tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh membatalkan ibadat haji yang sedang ditunaikan seperti bersetubuh dan sebagainya. Jika perbuatan tersebut tetap dilakukan, dia wajib menqadha’kan ibadat haji yang telah terbatal.
8) Apakah hukum menjadi wakil Badal atau Upah Haji ? Badal Haji itu boleh dilaksanakan dalam dua keadaan: i) Dilakukan secara sukarela oleh pelaksana; atau ii) Dilakukan secara upah oleh individu yang tidak berupaya atau waris. Mengambil upah (ijarah) bagi melakukan Badal Haji adalah harus berdasarkan kesepakatan para ulamak.
Bagaimana mahu buat tempahan
-
Isikan borang pendaftaran online seperti di bawah KLIK SINI
-
Sekiranya mahu hadir ke Pejabat Urusan kami KLIK SINI
-
Membuat bayaran perkhidmatan RM 3500 untuk 1 Nama ke akaun syarikat
-
Pegawai kami akan menghubungi anda kembali untuk proses akad Badal Haji
-
Perlaksanaan Amanah Badal Haji
-
Penghantaran Video makluman perlaksanaan kepada waris melalui whatsapp
-
Penghantaran Sijil dan Hadiah iringan kepada waris
Laman web Badal Haji ini di uruskan oleh:
WOW VACATION SDN BHD. (1243721-A)
Lesen Pelancongan : KPL 9835
Lesen Pengendali Umrah:KPL 9835
Alamat:5A(1st Floor),Jalan Liter D,Sungai Buloh U19/D,Seksyen U19
40160, Shah Alam, Selangor