top of page

18 TIP MELANCONG KE TURKI

Updated: May 7



Perkongsian daripada seorang blogger yang menetap di Turki dan berkongsi pendapat beliau mengenai tip-tip melancong di sana , semoga bermanfaat 1) BOLEH CLAIM TAX FREE REFUND Semua, pelancong, boleh claim tax refund di Lapangan Terbang Istanbul (dan juga mungkin lapangan terbang lain dalam Turki).Seingat saya, masa saya shopping dulu (di IVM Cevahir), awal-awal lagi saya tak kena cukai sebab dah tunjuk passport masa nak buat pembayaran di kaunter dalam shopping mall tu. In case jika anda dikenakan cukai, jangan lupa claim di kaunter tax refund yang terdapat di airport Istanbul Bawa bersama resit-resit shopping sebagai bukti jika diminta. Kadar GST di Turki agak tinggi. Jika di Malaysia 6%, di Turki 18%. Claim, jangan tak claim. 18% tu banyak. 2) BELI KAD ISTANBULKART

IstanbulKart boleh beli di kedai-kedai runcit biasa. Anda boleh jimat dengan guna pengangkutan awam seperti tram dan bas. IstanbulKart ni macam kad pintar lah, boleh beli di airport juga. Kos naik kenderaaan awam adalah sama tanpa mengira jarak. Sekali naik, dalam TL3 gitu. Kalau tak ada IstanbulKart, sekali naik/sekali ride kosnya TL4. Satu kad boleh guna banyak kali per hala. Contohnya, saya dan suami cuma gunakan satu kad sahaja. Sekali masuk, kita scan dan tolak terus. Lepas tu bagi kad kepada kawan kita untuk dia scan trip dia pula. Kad tak perlu scan semasa keluar.

Di Sakarya, anda boleh dapatkan Kart54 yang fungsinya sama seperti IstanbulKart. Begitu juga bandar-bandar lain, yang mana mesti ada sistem bas sendiri. Selalunya ia boleh didapati di kedai-kedai runcit, kedai telefon dan seumpamanya. 3) TANDAS AWAM DI TURKI IALAH BERBAYAR Jika anda komplen tandas awam di Malaysia kena bayar RM0.50, di Turki paling murah TL1 (lebih kurang RM1.50). Tapi, tandas di sana agak bersih (yang saya masuk lah). Ada juga tandas biasa-biasa. Kebanyakan tandas duduk di Turki ada bidet, tapi bidetnya tak macam bidet tandas Jepun. Kepala paip bidet biasanya terletak di dinding belakang tandas. Tak perlu bawa botol air atau wet tissue masuk tandas. ♥ Jadi, jika nak jimat.. pergilah cari bilik air di stesen minyak, supermarket, restoren-restoren yang besar (restoren kecil jarang ada tandas). Tandas di tempat begitu selalunya tak perlu bayar. Kalau solo travel atau berdua je senang nak guna tandas. Dua orang baru TL2 (RM3). Tapi kalau travel berkumpulan dan anak ada tiga empat orang.. mau RM 10 juga sekali guna tandas. 4) JANGAN LUPA KAD PELAJAR Muka kita ni (orang Asia) sebenarnya awet muda berbanding orang sini. Contohnya, orang sini yang umur 30 mungkin kelihatan berusia 35 di mata kita. Manakala kita yang umur 30 ni, masih dicop pelajar. Tak hairanlah, bila saya ke mana-mana orang cakap saya pelajar.Boleh dapatkan diskaun pelajar kalau ada kedai yang offer . 5) TAK PERLU APPLY VISA DARI KEDUTAAN TURKI Pemegang passport Malaysia, kita boleh dapat Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang di Turki. Bagi bukan pemegang passport Malaysia, boleh apply visa online dan bayaran dikenakan ialah bergantung kepada dari negara mana passport anda tu. Kalau dari Amerika Syarikat, kosnya USD20 dan bila dapat visa berbayar tu, cek samada anda dapat multiple entry ataupun single entry. Suami saya dapat multiple entry sebab dia warga Amerika. Yang tak bestnya, multiple entry tu 90 hari dalam 180 hari. Ada probation period. Untung kita orang Malaysia ni, senang nak ke mana-mana. 6) PAKAI SELIPAR SEMASA AMBIL WUDUK Kemudian pakai stokin untuk masuk dalam masjid. Dilarang berkaki ayam dalam masjid. Kalau tak, laju-laju je anda kena tegur dan mungkin dipandang keji. Saya dah kena sekali di surau airport. 7) BOLEH BAGI TIP JIKA MAHU, BUKAN PAKSAAN Bekas untuk beri tip selalunya disediakan di hotel, restoren dan sebagainya. Tapi, memberi tip bukan amalan di Turki. Saya sendiri tidak pernah beri tip di Turki. Tapi kalau nak bagi, apa salahnya. Apatah lagi jika servis yang diberikan cukup tip top. 8) SIM CARD, TELEFON Handphone yang kita bawa dari Malaysia, atau luar negara, hanya boleh guna sehingga maksimum 60 hari sahaja. Selepas itu, telefon tu dah kena block dan tak lagi boleh digunakan walaupun anda beli simkad baru. Jika anda nak duduk lebih dari 60 hari, belilah handphone murah-murah di Turki. Sebab apa? Sebab handphone yang kita bawa tu tak dicukaikan lagi. Kalau nak guna juga, kena ada residence permit dan kemudian kena bayar cukai sebanyak TL150 di pejabat cukai. 9) KEDAI DI LUAR GRAND BAZAR DAN SPICE BAZAR JUAL LAGI MURAH Kedai di luar Grand Bazar dan Spice Bazar jual lagi murah dari dalam bazar-bazar yang famous tu. 10) TAK PERLU BAWA BEKALAN MAKANAN BANYAK-BANYAK Sebab makanan di sana sangat sedap, HALAL, dan tak mahal pun. Sandwich besar gedabak sangat murah di kedai restoren biasa (selalunya ada depan supermarket). Saya beli dapat 5 sandwich besar-besar dengan harga TL10 je. Pandai-pandailah cari restoren yang sedikit tersorok, yang tak terlalu touristy. Sebab, restoren yang duduk betul-betul tepi Masjid Biru harga boleh tahan jugak mahalnya. Nak jimat lagi, cari hotel yang ada free breakfast. Santap sepuasnya masa breakfast supaya betul-betul kenyang sebelum keluar berjalan-jalan. Beza berjalan bila perut kenyang dengan lapar ni. Anda lebih fokus kepada menziarah berbanding melilau tengok makanan di show rack tepi kedai. hehe 11) HATI-HATI DENGAN KEDAI YANG TIADA TANDA HARGA

Hati-hati dengan kedai yang tiada tanda harga , atau, tanda harga tak lengkap. Ia boleh jadi harga dalam Lira, harga dalam Euro, atau US Dollar. Tanya harga dahulu sebelum makan atau beli apa-apa. 12) DI ISTANBUL, ADA RAMAI PEMINTA SEDEKAH DARI GOLONGAN PELARIAN SYRIA Abaikan sahaja. Bagi satu, nanti sepuluh yang datang. Mereka akan datang dekat anda, dan soalan pertama yang akan ditanya (jika bertudung), “Hal anti muslim?”. Kalau jawab ya, disambungnya, “ana min suryah.. bla bla bla”. Abaikan. Atau, bila anda duk jenjalan, tiba-tiba orang hulurkan buku panduan melancong ke Istanbul, hehe tak beli pun tak apa. 13) KAWASAN YANG ADA BURUNG MERPATI, JANGAN AMBIL BEKAS MAKANAN BURUNG YANG DIHULURKAN Sebabnya, ia bukan percuma. Anda kena bayar harga makanan burung tu. Walaupun tak banyak, tapi tak syok lah kalau tertipu. 14) MEROKOK IALAH PERKARA BIASA WALAUPUN BAGI PEREMPUAN BERTUDUNG Hatta wanita bertudung pun merokok berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Jika anda merokok, ini mungkin syurga anda. Harga rokok juga murah, dan ada banyak pilihan (saya bukan perokok, tapi ada cuba curut Turki sekadar suka-suka). 15) BELI MUZEUM PASS (TL80) Muzeum Pass boleh digunakan untuk masuk ke berpuluh muzium (Hagia Sofia, Topkapi Palace dll). Dengan ada pass ni, anda tak perlu beratur untuk beli tiket. Rugi masa beratur di tourist area di Istanbul, tengoklah barisannya ni. Ini baru barisan nak ke Topkapi Palace. Belum barisan di Hagia Sofia dan bermacam muzium atau palace lain lagi. Muzeum Pass boleh dibeli di kaunter mana-mana tempat jualan tiket. Ia sah untuk dua atau lima hari bergantung kepada pass yang anda beli. 16) DI AIRPORT ATATURK ADA TRAVELLERS BOX Fungsinya, duit lebihan yang ada tu boleh ditukar kepada kredit PayPal, Skype, Skrill dan sebagainya. Ia boleh didapati di: Near gate 212 /Outside gate 213/Outside gate 218/Near gate 221/Outside gate 302/Outside gate 304 Business Lounge circle (2nd floor) Domestic Terminal 17) SUSAH BETUL NAK GUNA WIFI DI AIRPORT ATATURK (IST) Hampir mustahil berdasarkan pengalaman saya yang lepas. Kecuali anda ada simkad Turki yang boleh dibeli di international arrival atau anda duduk dalam lounge. 18) ADAKAH SELAMAT UNTUK MELANCONG KE TURKI? Ini soalah yang kerap saya dapat sejak akhir-akhir ini selepas pengeboman di Ankara, dan juga Sultanahmet. Secara peribadi, saya rasa selamat. Jika saya rasa tak selamat, sudah tentulah saya antara yang terawal balik ke Malaysia. Lagipun saya ni bukan jenis berani sangat pun. Hatta ke mana-mana pun, kita kena sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Saya fikir, risiko dirompak dan diragut di Kelantan, atau kemalangan jalan raya semasa kita memandu adalah lebih tinggi berbanding risiko diserang pengganas di Turki. Kenapa? Ianya perlukan kita berada pada masa yang salah, di lokasi yang salah untuk kita menjadi mangsa. Senang cerita, ajal maut ini di tangan tuhan. Bila Dia kata dah masanya untuk kita mati, nescaya tak lewat sesaat dan tak cepat sesaat pun kita akan mati. Boleh jadi mati dengan tercekik makanan di meja makan di dapur rumah sendiri pun. Macam mana nak berhati-hati? Jika nampak orang berdemo, cepat-cepat jauhkan diri. Demo selalunya hari Sabtu atau Ahad. Jika di Istanbul, kerap mereka berdemo di sekitar Taksim. Elakkan kawasan tersebut. Jangan pergi ke sempadan negara Turki (kecuali bahagian Bulgaria tu lain lah). Yang bahayanya sempadan Iraq, Syria dan negara-negara bergolak. Pendek kata, tak payah pergi jauh-jauh nun. Turki ini besar. Ia lebih besar dari negara UK/German/Sepanyol atau Itali. Dalam skala besar ini, serangan di sempadan Turki terlalu jauh jaraknya dengan Istanbul dan tempat-tempat popular di kalangan pelancong ni. Ini je lah dulu tip-tip melancong ke Turki yang saya boleh kongsikan.




608 views0 comments
bottom of page