top of page

50 Idea Hadiah untuk Lelaki tahun 2019 [ TERKINI]

Hi Semua


Korang mesti pernah buntu atau hilang idea nak belikan barang hadiah ataupun list barang untuk di berikan kepada yang tersayang kan , kami mudahkan anda semua dengan Senarai contoh hadiah untuk lelaki yang terbaik mengikut trend terkini untuk rujukan anda.

Senarai ini terbina hasil daripada kaji selidik laman jual beli online dan juga post-post netizen (warganet) dalam media sosial.


Mungkin ada sedang mencari hadiah sebab nak buat kejutan hari jadi untuk suami?

Mungkin juga hadiah untuk ayah?

Hadiah kahwin untuk lelaki?

Hadiah untuk lelaki remaja?

Hadiah untuk bos lelaki?

Hadiah untuk Boyfriend?

lelaki ini? lelaki itu?


Atau mungkin anda nak cari hadiah untuk lelaki merajuk?

Asal namanya lelaki akan pasti suka mana-mana hadiah dalam senarai ini.


Kita mulakan dengan senarai hadiah jenis yang ‘sentiasa malar segart’ (evergreen) aka sentiasa popular dan seterusnya ke hadiah yang lebih spesifik mengikut hobi, jenis elektronik dan trend semasa.


Lihat senarai dan tentukan mana satu yang paling sesuai:


Bacaan tambahan: Cadangan Terbaik Hadiah untuk Wanita

 

1. BAJU KEMEJA

Hadiah baju kemeja


Anda tidak pernah silap dengan memberi hadiah baju kemeja. Mungkin anda perlukan sedikit maklumat seperti saiz dan warna kegemarannya.


 

2 BAJU MELAYU

Hadiah baju melayu


Begitu juga dengan hadiah baju melayu. Hadiah jenis ini sentiasa diterima dengan komen yang baik.


 

3. DOMPET

Hadiah dompet


Jika pernah terlihat dompetnya sudah agak lusuh hadiahkan dompet yang baru.


 

4. MOBILE HANDPHONE


Rasanya ramai yang dah plan nak dapatkan hadiah ini buat yang tersayang , jangan risau mengenai budget kerana ada pelbagai model dan spesifikasi yang terbaru dalam lingkungan harga yag anda mampu


Dengan promosi terkini dari pembekal jenama telefon ,kini semuanya mampu di miliki dengan pilihan bayaran ansuran lagi !!!!




 

5.PLANNER BOOK

Hadiah planner book

Hadiah ini sesuai diberikan menjelang tahun baru atau ketika awal tahun.


 

6.TALI PINGGANG

Hadiah tali pinggang


Kalau lihat dia asyik guna tali pinggang yang sama je, belikan tali pinggang baru.patinya si dia akan pakai selalu


 

7.TALI LEHER

Hadiah tali leher


Untuk lelaki yang tiap hari kena guna tali leher. Beli baru untuk tambah koleksinya. Biar banyak pilihan untuk dipadankan dengan pakaian hariannya.


 

8. STOKIN

Hadiah stokin


Jangan pandang rendah pada hadiah stokin. Disebalik kerapian pemakaian si dia tersembunyi stokin yang berlubang. Siapa tahu?


Bila hadiahkan stokin jangan beri sepasang sahaja. Berikan 7 pasang untuk pemakaian selama seminggu.


 

9. KASUT

Hadiah kasut


Tak kiralah dia dah ada berapa pasang kasut. Dia pasti gembira menerima kasut yang baru.




 

10.BOXER

Hadiah boxer /seluar dalam lelaki


Untuk yang nak beri hadiah pada suami, tunang atau boyfriend. Berikan terus beberapa pasang. Siapa tahu mungkin yang sedang digunakan sekarang tu dah berlubang?


 

11.SAPU TANGAN

sapu tangan


Sapu tangan bukan sahaja digunakan untuk tujuan mengelap sesuatu tetapi juga sebagai fesyen, koleksi dan juga cenderahati.


 

12.BEG BACKPACK

Hadiah beg backpack


Untuk lelaki yang sentiasa bergerak kesana kemari dan juga sentiasa membawa barang bersamanya, hadiahkanlah beg.


 

13 .KACAMATA HITAM

Hadiah kacamata hitam


Berguna, menarik dan fesyen. Tidak seperti baju (yang mana mungkin akan tersilap pilih saiz), kaca mata hitam tak pernah tidak disukai.


 

14.TOPI

Hadiah topi


Topi diterima tak kira usia penerima. Pilihan yang baik.


 

15.PENCUKUR ELEKTRIK

Hadiah Pencukur Elektrik


Lagi klasik tapi disukai.


 

16.MINYAK WANGI

minyak wangi


Klasik tapi masih lagi menjadi hadiah yang diminati sejak dahulu lagi.Ia menjadi pilihan yang paling selamat dan boleh bertahan dalam tempoh lama


 

17.JAM TANGAN

Hadiah jam tangan


Sejak ia mula dicipta, jam tangan sering diberikan sebagai hadiah.



 

18 .BAG BAGASI TRAVEL

Hadiah Bag Bagasi


Bagi lelaki yang selalu berkerja di luar kawasan atau dalam perancangan untuk pergi bercuti ,memang sangat menghargai hadiah seperti ini



Mahu melihat pakej travel dalam dan luar negara pada harga super promosi ,boleh KLIK di pautan di sini


 

19.SET PENJAGAAN LELAKI

Hadiah set penjagaan lelaki

Lelaki juga sukakan set penjagaan kulit cuma mereka malas nak cari benda sebegini.


 

20.POWER TOOLS

Hadiah wireless drill


Cordless powertool screwdriver wireless Drill. Lihat bagaimana si dia tersenyum lebar mendapat alat ini. Hadiah terbaik untuk hampir semua jenis lelaki!



Atau lagi banyak dekat sini:

 

21.COFFEE MAKER

Hadiah coffee-maker


Coffee Maker, pilihan terbaik menceriakan pagi si dia.


 

22. BAG LAPTOP

Hadiah Bag Laptop


Satu keperluan harian untuk sang lelaki yang perlu bergerak dan berkerja menggunakan laptop.Recommended dan berguna.


 

23.PETI SEJUK MINI MUDAH ALIH

Hadiah Peti Sejuk Mini

Boleh guna di rumah dan dalam kereta. Boleh guna untuk menyejukkan minuman.


 

24.PENGHAWA DINGIN MINI PERIBADI

penghawa dingin mini peribadi


Reka bentuk yang menarik, mantap dan mudah untuk dibawah kemana-mana. Sesuai untuk negara kita yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun.Si dia pasti menyukainya.


 

25.HAMMOCK + KELAMBU

portable hammock


Buaian dilengkapi dengan kelambu. Senang dipasang, senang dikemas. Sangat sesuai untuk mereka yang gemar berkemah & aktiviti luar.


 

26.SET BBQ PORTABLE (MUDAH ALIH)

portable bbq


Boleh dilipat, senang dibawah dan sesuai untuk aktiviti luar seperti berkhemah, berkelah. Pemberian anda pasti dihargai oleh lelaki yang gemar aktiviti luar.


 

27.SMARTWATCH DAN FITNESS TRACKER

Hadiah Smartwatch dan fitness tracker


Berkebolehan untuk memantau kadar degupan jantung, tekanan darah, kandungan oksigen dalam darah, memantau latihan kecergasan…pendek kata ia bukan ia adalah jam tangan kesihatan. Jenama Fitbit mungkin sedikit mahal, tetapi anda boleh memilih jenama lain yang mempunyai fungsi yang sama.




 

28.EARPHONE

Hadiah earphone


Ringkas tapi sangat berguna. Beli biar yang kualitinya baik.


 

29.WIRELESS HEADPHONE

Wireless Headphone


Produk ini sesuai untuk lelaki yang meminati muzik dan up-to-date dengan trend /fesyen semasa. Boleh disambungkan dengan semua smartphone yang mempunyai fungsi bluetooth.


 

30.WIRELESS SPEAKER

wireless speaker


Wireless Speaker hadiah terbaik untuk para lelaki yang minat mendengar muzik. Kualiti bunyi terbaik, rekabentuk menarik dan senang dibawah. Masukkan dalam senarai anda.


 

31.TELESKOP KAMERA HANDPHONE

Teleskop Kamera Handphone

Sesuai untuk mereka yang aktif dengan aktiviti luar. Gabungkan teropong ini dengan handphone untuk menangkap gambar.


 

32. POWERBANK

Hadiah powerbank


Trend terkini bagi power bank sebagai hadiah. Mungkin sebab semua orang perlukannya untuk smartphone.


 

33.DRONE

hadiah drone


Hadiah terbaik untuk lelaki yang minat dengan teknologi terkini. Boleh ambil video canggih sikit.


 

34.GOPRO

gopro recording device


Untuk lelaki yang minat dengan aktiviti luar @ lasak seperti hiking, cycling, diving, kayak dan sebagainya.


 

35.LED SMART ALARM CLOCK


Hadiah LED alarm clock


Alarm clock moden bersesuaian dengan trend semasa.


 

36.PORTABLE EXTERNAL DRIVE


Hadiah portable external drive


Lagi besar kapasitinya lagi baik. Siapa lelaki moden yang tak mahu external drive sebagai hadiah?


 

37. FLIP DOWN CLOCK

Hadiah Flip Down Clock


Penjaga masa dan juga hiasan meja. Si dia lebih kerap melihat masa. Jam yang unik.


 

38. LAMPU MALAM + SPEAKER

Hadiah Shava-Nightlight-Bluetooth-speaker


Lampu malam + Speaker. Kalis air dan juga dilengkapi dengan mod warna berbeza. Sesuai untuk aktiviti luar seperti berkhemah atau berkelah. Sesuai juga untuk kegunaan dalam rumah.


 

39.LAMPU MALAM KAPAL LAYAR

Hadiah Sailing Ship 3D Night Light


7 mod warna dan boleh bertukar secara automatik. Pilihan hadiah yang unik pasti menjadi kegemaran.


 

40. LAMPU + KAMERA CCTV

GOQ-Bulb-Camera-CCTV


Untuk meningkatkan sekuriti rumah, kedai, pejabat atau mana-mana tempat yang perlu. Senang dipasang, boleh disambungkan pada handphone, boleh merakam suara juga boleh berfungsi sebagai interkom 2 hala.


 

41. LAMPU GARAM KRISTAL HIMALAYAN

Hadiah himalayan-crystal-salt-lamp


Selain daripada berfungsi sebagai lampu produk ini juga boleh menyerap kelembapan berlebihan. Bentuk cantik juga sesuai untuk hiasan.


 

42.BAMBOO KEYBOARD + MOUSE WIRELESS

bamboo keyboard


Wireless keyboard dan mouse, menaip tanpa bunyi, unik…diperbuat daripada bambu. Saya sangat berharap mendapat hadiah seperti ini..


 

43.METAL WIRE PUZZLE

metal puzzle

Baik untuk mengisi masa lapang seterusnya meningkatkan cara berfikir kreatif dan IQ.


 

44. BUKU DAN BAHAN BACAAN

Hadiah buku


 

45. WALLET NINJA

Hadiah kad serbaguna wallet-ninja


Kad serba boleh yang muat dalam dompet. Kebolehan termasuk pembuka bolt & nut, pembuka tin, pembuka botol, pembaris, pemegang handphone, pemutar screw…terbaik!


 

46.FLINT STONE FIRE STARTER

Hadiah kit outdoor flint-stone-fire-starter


Penting untuk kegunaan kecemasan. Sesuai untuk lelaki yang sukakan aktiviti luar seperti hiking, camping dan sebagainya.


 

47.AKSESORI KERETA

Kalau sudah namanya sayang kereta apa-apa aksesori yang anda bagi pun pasti diterima dengan baik.


 

48.PELEBAT JAMBANG

Hadiah Pelebat Misai Janggut

Untuk si dia yang suka simpan jambang tapi malangnya jambangnya jarang-jarang. Beri sokongan padanya.


 

49.PUNCHING BAG

Hadiah punch-bag


Sesuai untuk latihan kecergasan, persediaan menyertai MMA atau tempat melepaskan geram.


 

50.PAPAN PUSH-UP

Papan Latihan Push-up


Untuk membidangkan lagi dada si dia, membina otot, menjadi lebih sihat dan lebih yakin pada diri.


 

51.SET TOOL BOX LENGKAP DENGAN PERALATAN



Hadiahkan untuk si dia dan lihat betapa gembiranya si dia menerima hadiah surprise ini.pastinya akan menjadi kenangan terbaik untuk penerima


 

52.CINCIN UNTUK LELAKI



Gembirakan hati lelaki dengan hadiah luar biasa ini. Cincin yang sepadan dengan pasangan atau sekadar memperingati tarikh istimewa tersebut


 

53.BRANDED T-SHIRT UNTUK PAKAIAN HARIAN


Hadiahkan baju Branded dengan pilihan warna kegemaran beliau


 

54.PLAY STATION DAN GADGETS

Hadiah ini adalah idaman hampir semua lelaki tanpa mengira umur , anda boleh jadikan impian mereka satu kenyataan .Apatah lagi kalau surprisekan terus, boleh nampak air mata jantan tu keluar nanti !


 

55.LAZADA GIFT CARD !


Lazada gift card RM 100 - RM 2000


Jika masih lagi tak dapat nak tentukan hadiah, berikan sahaja dia yang ini. Untuk digunakan shopping dekat Lazada.



Jika senarai hadiah untuk lelaki ini berguna, kongsikan pada rakan yang memerlukan.


Tips untuk lelaki: Kongsikan jika harijadi anda sudah dekat!



Ruang Komen di bawah , kalau ada cadangan lain boleh lah kemukakn ke kami ,nanti akan di tambah dari masa ke semasa


Selamat bergembira semua!!


5,573 views0 comments

Comments


bottom of page