top of page

Cara mudah mencari arah kiblat dengan telefon pintar


Apabila tiba di tempat baru atau bermusafir ke luar negara, mungkin agak sukar untuk mencari arah kiblat. Google kini menyediakan cara mudah untuk mencari arah kiblat, hanya dengan menggunakan telefon pintar. Caranya, adalah Qibla Finder.


Qibla Finder adalah satu laman web yang dibangunkan Google, yang membantu mencari arah kiblat dari mana jua atas muka bumi ini. Ia boleh diakses menerusi laman web https://qiblafinder.withgoogle.com.


Langkah penggunaannya kali pertama adalah, buka laman web Qibla Finder menerusi pelayar (seperti Chrome atau Safari) di telefon pintar. Kemudian kalibrasi kompas di telefon, dengan menggerakkan telefon dalam bentuk angka 8.


Selepas itu, lihat di bahagian sudut bawah kiri telefon, di mana terdapat garisan yang menunjukkan arah ke Kaabah. Anda boleh bermula dengan menghadapkan telefon ke lantai, dan menuruti kompas sehingga terlihat garisan biru, yang menunjukkan jarak lokasi anda ke Kaabah. Garisan biru tegak adalah arah kiblat anda.


semoga membantu !!!


1,457 views0 comments

Opmerkingen


bottom of page