top of page

Panduan Persiapan dan Persedian Perjalanan Ke Turki (Pakej Turki)-Updated 2024

Updated: May 7

Turki, aku datang!!!

Kami Kongsikan beberapa maklumat untuk pelanggan-pelanggan kami yang akan menyertai pakej Tour Turki

Nak tahu Pakej Turki Klasik 9Hari 7Malam -KLIK SINI


1. PANDUAN CUACA DI TURKI

• Cuaca di Turki berbeza dengan Malaysia. Turki merupakan negara yang mempunyai 4

musim setahun.Namun perubahan musim tidaklah mengikut bulan secara mutlak, tetapi akan berubah mengikut faktor cuaca yang lain juga.


🌸 Musim Bunga (Bahar)

MAC- APRIL - MAY

Musim bunga di Turki, atau "Blossom," adalah masa ketika seluruh kawasan berkembang dengan warna-warni dan keindahan. Bunga-bunga mekar di setiap sudut, taman-taman penuh dengan harum wangi yang menyegarkan, dan cuaca yang semakin suam membuatnya menjadi masa yang sempurna untuk menjelajahi tempat lawatan seperti Istanbul dan Ankara. Anda boleh menikmati panorama hijau subur dan menyegarkan udara


Kesesuaian lawatan: Sesuai untuk trip yang memerlukan lawatan luar dan berjalan-jalan kerana matahari cerah dan cuaca yang agak dingin dan berangin.Dengan masa siang yang panjang, maka pengalaman bercuti akan lebih bermakna kerana boleh melawat kawasan percutian untuk masa yang panjang.


Suhu purata : 18° Celcius (Siang) dan 10° Celsius (Malam)

*Suhu berbeza mengikut ketinggian dan kawasan, di mana Capapdocia dan Bursa akan lebih sejuk dari Istanbul pada masa yang sama


☀️ Musim Panas (Yaz)

JUNE - JULY - OGOS

Musim panas di Turki, atau "Yaz," adalah masa yang penuh dengan cahaya matahari dan kegiatan luar di bawah langit biru yang cerah. Pada musim ini, penduduk Bandar utama akan keluar memenuhi kawasan persisiran laut di seluruh Turki. Selain itu, musim panas juga merupakan waktu yang sempurna untuk menjelajahi kota-kota bersejarah seperti Ephesus dan Troya, serta menikmati festival dan acara musim panas yang meriah di seluruh negara.


Kesesuaian lawatan: Harga hotel agak mahal ketika ini,Sesuai untuk trip yang memerlukan lawatan luar dan berjalan-jalan kerana matahari cerah, namun harus menghadapi suhu yang agak tinggi semasa di luar kawasan beratap dan pancaran matahari.Dengan masa siang yang panjang, maka pengalaman bercuti akan lebih bermakna kerana boleh melawat kawasan percutian untuk masa yang lebih panjang.


Suhu purata : 34° Celcius (Siang) dan 20° Celsius (Malam)

*Suhu berbeza mengikut ketinggian dan kawasan di mana Capapdocia dan Bursa akan lebih sejuk dari Istanbul pada masa yang sama


🍂 Musim Gugur (Sonbahar)

SEPTEMBER-OKTOBER-NOVEMBER

Musim gugur di Turki, atau "Autumn" adalah pada waktu seluruh Turki berubah warna menjadi warna merah, kuning, dan jingga yang menakjubkan. Anda boleh menemukan keindahan alam semulajadi yang mempesonakan di Taman Nasional Göreme,Cappadocia di mana batu-batu kapur yang ikonik dipadu dengan warna-warni daun gugur. Selain itu, musim gugur juga merupakan waktu yang ideal untuk merasai masakan tradisional Turki yang hangat dan menghibur diri dengan minuman panas seperti salep atau teh Epal.Daun-daun kering ini menandakan persediaan untuk menyambut musim sejuk selepasnya


Kesesuaian lawatan: Sesuai untuk trip yang memerlukan lawatan luar dan berjalan-jalan kerana matahari cerah dan cuaca yang agak dingin dan berangin,sesuai untuk memasuki fasa musim sejuk.Dengan masa siang yang panjang, maka pengalaman bercuti akan lebih bermakna kerana boleh melawat kawasan percutian untuk masa yang panjang.


Suhu purata : 18° Celcius (Siang) dan 10° Celsius (Malam)

*Suhu berbeza mengikut ketinggian dan kawasan di mana Capapdocia dan Bursa akan lebih sejuk dari Istanbul pada masa yang sama


❄️ Musim Sejuk (Kış):

DECEMBER - JANUARI - FEBRUARI

Musim sejuk di Turki, atau "Kış," adalah masa ketika salji menutupi puncak gunung dan kota-kota di sepanjang pantai Laut Hitam. Ini adalah waktu yang sempurna untuk menikmati aktiviti musim sejuk seperti ski dan snowboarding di puncak gunung seperti Uludağ atau Erciyes.


Anda juga boleh merasai keindahan kota-kota bersejarah seperti Istanbul dan Cappadocia yang diliputi oleh salji, mencipta suasana yang magis dan menawan.

Bagi yang ingin merasai pengalaman bermain salji dan merasai sendiri keseronokan hujan salji, musim ini adalah pilihan untuk anda semua. Bunyi salji turun dan kedamaian yang luar biasa bila berada di sini.

Dengan keunikan dan keindahan setiap musim, Turki menawarkan pengalaman yang luar biasa sepanjang tahun! 🌟


Kesesuaian lawatan: Harga Hotel dan penerbangan adalah paling mahal ketika ini.Dengan persaingan jumlah pelancong yang melawat ke Turki pada ketika ini, jangan terkejut jika harga pakej juga naik sehingga 30% dari harga di musim yang lain.

Tidak sesuai untuk trip yang memerlukan lawatan luar dan berjalan-jalan kerana matahari akan cepat terbenam (Waktu siang pendek) dan cuaca yang sejuk memaksa aktiviti perjalanan luar bangunan perlu di cepatkan atau di pendekkan masa.Namun begitu, aktiviti di bawah bangunan berbumbung,tidaklah menjadi halangan kerana adanya pemanas/heater yang memastikan suhu selesa sepanjang masa.


Suhu purata : 4° Celcius (Siang) dan -2° Celsius (Malam)

*Suhu berbeza mengikut ketinggian dan kawasan di mana Capapdocia dan Bursa akan lebih sejuk dari Istanbul pada masa yang sama


Suhu Purata untuk Istanbul pada tahun 2023

• Anggaran suhu yang dinyatakan adalah mengikut anggaran dari Jabatan Kaji Cuaca dan ketetapan rekod tahunan sebelum ini

Nak tahu Pakej Turki Klasik 9Hari 7Malam -KLIK SINI


2. PANDUAN PEMILIHAN PAKAIAN

• Sediakan pakaian yang bersesuaian dengan musim semasa trip berlangsung. Musim bunga dan luruh sesuai mengenakan pakaian sejuk yang biasa, tidak terlalu tebal. Manakala

untuk musim sejuk terutama Desember, Januari dan Februari, perlu sediakan pakaian sejuk

yang tebal.

• Sediakan kasut bertumit tebal sekiranya mahu melawat semasa musim sejuk , keadaan permukaan jalan yang basah dan di lapisi ais akan menyebabkan peserta mudah tergelincir dan terjatuh kerana memakai kasut yang salah. Boleh bawa 2 jenis kasut untuk perjalanan bagi memudahkan peserta memilih kasut yang sesuai.

• Tidak semua destinasi di Turki memiliki khidmat dobi, oleh itu diharapkan peserta dapat membawa jumlah pakaian yang mencukupi.


3. PANDUAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN


• Tiada semua trip anjuran kami disertakan travel insurance. Insuran perjalanan amat perlu bagi setiap peserta , untuk menghadapi keadaan luar jangka yang mungkin akan berlaku semasa berada di luar negara.dengan kadar premium yang sangat mampu milik , membeli insuran perjalanan amat di perlukan bagi setiap peserta

• Peserta diminta untuk memaklumkan kepada pihak penganjur jika menghidapi sebarang

penyakit kronik bagi melancarkan perjalanan trip dan bagi memudahkan urusan pemandu pelancong jika berlaku sebarang masalah semasa trip.

• Peserta yang menghidapi masalah kesihatan disarankan membawa ubat-ubatan

peribadi sepanjang trip berlangsung.

• Sebarang masalah kesihatan yang berlaku hendaklah dimaklumkan segera kepada

pihak penganjur untuk tindakan segera.

• Peserta diingatkan untuk membawa barangan kebersihan sendiri seperti sabun, berus

gigi, shampu dan sebagainya.

• Digalakkan untuk membawa lipbalm atau petroleum jelly seperti Vaseline bagi mengelakkan masalah kulit kering ketika cuaca panas atau sejuk.

Nak tahu Pakej Turki Klasik 9Hari 7Malam -KLIK SINI


4. PANDUAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN


• Dimaklumkan bahawa nilai tukaran wang antara Ringgit Malaysia dan Lira Turki

adalah sekitar RM 1.00 bersamaan TRY 0.40. Untuk nilai tukaran terkini, boleh rujuk

pautan berikut http://www.xe.com/

• Peserta digalakkan untuk membuat tukaran wang asing di tempat masing-masing sebelum

bertolak ke airport.

• Peserta tidak digalakkan menukar wang di airport kerana nilai tukarannya lebih tinggi

daripada kawasan luar airport.

• Kad ATM bank Malaysia seperti Maybank dan CIMB yang dilengkapi system PLUS, boleh

digunakan di mesin ATM Turki DENGAN SYARAT peserta perlu mengaktifkan terlebih

dahulu fungsi pengeluaran luar negara kad ATM tersebut di Malaysia. Rujuk pegawai

bank untuk mendapatkan khidmat nasihat.

5. PENGURUSAN BAGASI


• Berat bagasi yang dihadkan tertakluk kepada syarikat penerbangan. Sila rujuk kepada kami untuk maklumat penerbangan.

• Hand carry yang dibenarkan untuk setiap orang adalah SATU beg sahaja dengan

berat tidak melebihi 7 kg setiap orang.

• PENTING!! Peserta disarankan untuk membawa bagasi bersaiz kecil, tidak berkongsi bagasi, untuk memudahkan pengendalian bagasi sepanjang trip.

• Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang objek tajam, mancis, lighter, apa jua

bentuk cecair melebihi 100ml di dalam hand carry. Jika ingin membawanya, masukkan ke

dalam bagasi kargo.

6. PERALATAN ELEKTRIK


• Perlatan elektrik di Turki menggunakan voltan yang lebih kurang sama dengan

Malaysia ( Turki 230Volts, Malaysia 240volts). Oleh itu perkakasan elektrik dari

Malaysia boleh digunakan di sana.

• Peralatan elektrik yang dibawa dari Malaysia seperti pengecas telefon, atau pengecas

bateri kamera, atau pengecas laptop, atau sterika, hendaklah disesuaikan dengan soket

di Turki.

• Soket elektrik di Turki tidak sama seperti di Malaysia iaitu mereka menggunakan plug

2 pin. Sila rujuk gambar di bawah.



7. PENGGUNAAN TELEFON DAN INTERNET

  1. Banyak pilihan untuk mendapatkan internet di Turki,selain internet di hotel dan bilik penginapan ( Kelajuan tak sama),anda juga di galakkan untuk mempunyai talian Internet sepanjang berada di tempat lawatan nanti.Baru senang nak buat Live atau hantaran media sosial

  2. Untuk pilihan yang ekonomi , kami cadangkan untuk membeli simkad data internet di Malaysia untuk penggunaan sepanjang di Turki.Harga sekitar RM49-RM79 untuk penggunaan selama 10 Hari dan 10GB data.

  3. Line telco Malaysia boleh digunakan di Turki dengan menggunakan khidmat roaming.


8. SOLAT DAN KELENGKAPAN IBADAH MUSLIM


• Solat Subuh boleh dilakukan di dalam bilik hotel penginapan.

Untuk pakaian solat ,kami galakkan juga di bawa di dalam bag kecil berasingan semasa perjalanan dan ke tempat lawatan ,jadi lebih mudah untuk di ambil dan di gunakan di temoat solat , elakkan tertinggal di dalam bas kerana bas akan di parking di kawasan lain.

• Manakala untuk solat Zuhur dan Asar, akan dilakukan secara jamak dan qasar di

masjid sekitar kawasan lawatan. Manakala solat Maghrib dan Isya boleh dilakukan di

hotel penginapan.


9. MAKANAN

• Trip Turki anjuran kami ada menyediakan makanan untuk breakfast, lunch dan dinner.

Ada pilihan untuk pelanggan membuat tempahan tambahan bagi beberapa restauran atas kos sendiri


Walaupun begitu, ada makanan Turki yang boleh di beli sendiri sekiranya teringin dengan perbelanjaan sendiri


Nak tahu Pakej Turki Klasik 9Hari 7Malam -KLIK SINI


10. PANDUAN PERBELANJAAN DI TURKI


• Tiket Masuk : kebanyakan tiket masuk tempat lawatan utama adalah termasuk dalam

harga trip. Bagi pilihan destinasi optional, peserta perlu membayar tiket masuk

sendiri. Antaranya Hot Ballon berharga USD 290.


• Cenderahati : untuk anggaran biasa, wang sekitar TRY 300-500 (RM 300-500) seorang

sudah mencukupi untuk berbelanja. Digalakkan untuk melakukan transaksi withdraw di

sana jika tidak mahu membawa wang yang banyak.

• Lain-lain perbelanjaan : boleh sediakan TRY 300 untuk kecemasan dan kegunaan luar

jangka.


11. PENTING!! TEMPOH SAH PASSPORT DAN MASALAH SENARAI-HITAM IMIGRESEN


• Pasport WAJIB dipastikan sah sekurang-kurangnya 6 bulan bulan dari tarikh trip. Pasport

yang kurang 6 bulan berdepan risiko tidak dibenarkan terbang oleh syarikat

penerbangan dan imigresen.

• Pembaharuan pasport boleh dilakukan di mana-mana pejabat imigresen atau Pusat UTC

di kawasan masing-masing.

• PENTING!! Pastikan nama anda bebas daripada disenaraihitamkan oleh imigresen

dan tidak dibenarkan terbang. Anda WAJIB memeriksa status perjalanan sebelum

tarikh berlepas melalui pautan ini http://sspi2.imi.gov.my/

• Pastikan status anda adalah ‘TIADA HALANGAN’ semasa pemeriksaan dibuat.

• Sekirang tiada status di atas tertera, anda perlu pergi ke pejabat imigresen terdekat

untuk mengetahui punca sekatan dilakukan terhadap anda. Dapatkan nasihat daripada

pegawai yang bertugas tentang cara untuk mengatasinya.

• Pernah berlaku peserta yang kami uruskan disenaraihitamkan namanya 3 hari sebelum

tarikh trip. Oleh itu semakan perlu dibuat 2 atau 1 hari sebelum tarikh trip agar tidak

berlaku masalah semasa hari berlepas.


Nak tahu Pakej Turki Klasik 9Hari 7Malam -KLIK SINI



12. HARI BERLEPAS


• PENTING!! Peserta perlu berada awal di airport, seawal 4 jam sebelum

penerbangan. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah

atau tertinggal penerbangan disebabkan kelewatan peserta tiba di airport.

• Bagi yang mempunyai penerbangan domestic ke KLIA, perlu diambil kira kemungkinan

delay dan cancel bagi flight domestic.

13. KETIBAAN DI TURKI


• Patuhi arahan keselamatan kapten dan kru pesawat.

• Pastikan tiada barang yang tertinggal di dalam pesawat.

• Setelah pintu pesawat dibuka, peserta boleh terus menuju ke kaunter imigresen. Ikuti

tanda arah pada papan tanda di lapangan terbang.

• Selepas melalui kaunter imigresen, terus menuju ke kawasan pengambilan bagasi.

• Jika ada berlaku kehilangan bagasi, sila maklumkan kepada tour leader, atau buat aduan

di kaunter ‘Lost and Found’.

• Selepas mengambil bagasi, anda boleh menuju ke kaunter kastam dan serahkan borang

kastam yang telah diisi.

• Selepas itu, anda boleh menuju ke pintu ketibaan. Wakil kami sedang menunggu anda di

luar.

Nak tahu Pakej Turki Klasik 9Hari 7Malam -KLIK SINI


14. PENTING!! DISIPLIN PENGINAPAN DI HOTEL


• Diharapkan dapat mengikuti segala disiplin dan tatacara yang ditetapkan oleh pihak hotel.

• Sila periksa keseluruhan hotel semasa mula-mula memasuki ke sana.

• Sekiranya terdapat apa-apa kerosakan yang sedia ada, sila tangkap gambar kerosakan

tersebut dan berikan kepada tour leader/tour guide.

• Segala perkakas dan perabot yang ada di dalam hotel hendaklah digunakan dengan baik

dan elakkan daripada berlaku kerosakan.

• Jika terdapat kerosakan yang dilakukan oleh peserta, segala kos ganti rugi adalah di

bawah tanggungjawab peserta sepenuhnya.


15. PERSIAPAN KEMBALI KE TANAH AIR


• Peserta dikehendaki mempersiapkan semua bagasi pada malam terakhir untuk melancarkan perjalanan hari terakhir.

• Peserta juga diminta untuk memastikan berat bagasi tidak melebihi had timbangan

yang dibenarkan. Jika melebihi had, kos tambahan perlu ditanggung oleh peserta.

• Sila patuhi ketetapan masa yang diberikan untuk bergerak ke airport untuk

mengelakkan masalah kelewatan yang akan menyebabkan masalah tertinggal

penerbangan.


PERINGATAN PENTING!!

1. Semua peserta wajib memastikan passport masing-masing masih SAH melebihi 6 bulan

sebelum tamat tempoh (expired). Jika tidak mencukupi, peserta tidak akan dibenarkan menaiki

pesawat. Ini merupakan polisi yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

2. Peserta diminta berada di airport mengikut masa yang ditetapkan. Penganjur tidak

bertanggungjawab sekiranya kelewatan yang berlaku menyebabkan tertinggal penerbangan

dan wang tidak akan dikembalikan sekiranya ia berlaku.

3. Segala perkhidmatan yang peserta gunakan yang tidak termasuk dalam harga pakej perlu

dibayar sendiri oleh peserta. Contohnya, berat bagasi yang berlebihan, penggunaan khidmat

berbayar di hotel dan lain-lain perkhidmatan pelancongan yang tidak berada di bawah

tanggungjawab penganjur.

4. Peserta diwajibkan mengikut segala ketetapan yang ditetapkan penganjur,

TERUTAMANYA berkenaan peruntukan masa di setiap lokasi lawatan. Ini adalah kerana segala kelewatan yang berlaku akan menyebabkan jadual perjalanan seterusnya akan terganggu dan menjadikan perjalanan kita semakin panjang dan memenatkan.

5. Peserta diminta membawa bagasi yang bersaiz kecil atau sederhana untuk memudahkan

pengurusan dan perjalanan.


Maklumat perjalanan ini di bawa oleh Wow Vacation Sdn Bhd.Kami telah membawa ribuan peserta pakej tour ke seluruh dunia sejak tahun 2014 dan menjadi pelopor bagi pakej Turki berkumpulan.Pakej dan harga terkini boleh di perolehi melalui link dibawah ini



6,361 views0 comments

Comments


bottom of page